phone: +012-260 00819
e-mail: mymabma@gmail.com

Abah in memories ... 40 days ...

Ari ni cukup 40 ari abah pergi buat selama-lama nia.

kalau mengikut adat melayu entah datang dari mana asal usul ... akan dibuat kenduri tahlil. oleh kerana ianya hanya adat .. maka aku tak buat apa apa tahlil pun ... lagipun aku bukan nia ikut sangat adat melayu ... melayu atas dasar kad pengenalan atas dasar atas kertas ... mak aku jawa ... abah aku minang .. mana datang melayu pun aku tak paham ... Aku bukan menentang arus ... tapi dah menjadi adat ... sebab takut orang kata ... tak baik orang kata ... ermm asyik dok ikut kata orang ... peduli apa aku dengan kata orang ... ramai orang time mak ayah still ada tak nak pulak buat baik pada mereka ... hempeh tul punya konsep ....

Selama 63 tahun abah hidup ... selama itu juga la Allah memperuntukkan dia untuk beribadah dan berbakti aktif di muka bumi. even aku sendiri dah pesan dengan wife aku ... sekiranya aku tiada ... tak yah buat tahlil pun tak pa ...

Selama 63 tahun juga Allah bagi peluang pada abah ... selama 63 tahun juga la abah kumpul amalan atau erti kata lain track records. Orang selalu cakap .. doa anak soleh boleh bantu kita di akhir ... konsep macam betul tapi tak leh terima dek akal. Senang la aku .. aku buat jahat ... aku buat dosa ... then anak aku pulak tukang mintak kasik lupus dosa aku ... best juga ada konsep macam ni ... senang hidup aku ...

Bagi ku abah telah buat yang terbaik ... hasil selama 63 tahun ... bagus atau tidak track record abah hanya diketahui suatu hari nanti ... dan bagi ku ... segala kenangan dengan abah akan ku jadi kan sebagai kenangan dan pelajaran bagi aku dan wife aku dan anak anak aku ... akan ku ceritakan sejarah hidup abah pada anak-anak aku supaya menjadi pelajaran buat mereka. Supaya mereka tidak ulang kesilapan abah .. supaya mereka lebih dewasa membuat keputusan dlm kehidupan mereka nanti berdasarkan pengalaman dan sejarah hidup abah ... supaya mereka menjadi lebih hebat dari papa mereka (aku la tu) dan tok bah mereka (abah aku la tu) ... Biar la anak anak aku menilai untuk dijadikan bahan cerita atau pelajaran untuk masa depan mereka.

Abah ... damailah kamu di sana ... you always in my memories ...

0 comments: