"Aku Sebuah Al-Quran"
Watak Terlibat : Al-Quran (di bawakan oleh penulis)
Tempoh : Sepanjang Hayat
Objektif : Menghisab Diri Sendiri
Sinopsis : Kena Baca La Dulu Baru Tahu...
Pengajaran : Jangan Lupa Siapa kita & Jangan Lupa Pada Al-Quran.
Teks Asal : dari hamba allah ...
Aku memperkenalkan diriku sebagai Al-Quranul Karim, yang biasanya diriku dikenali dengan "nickname" ini di serata dunia. Walhal namaku lagi banyak berbanding diriku, ada yang memanggil ku "Kitab Suci, Kitab Allah, Petunjuk, Qalam Allah, Cahaya dan bermacam-macam lagi aku digelarkan ". Walaupun namaku banyak tapi aku tidak pernah lupa asal usulku. Aku tetap diriku yang satu, berperanan dalam membimbing kamu dengan PETUNJUK, PENJELASAN DAN PEMBEZA yang telah sebati dengan diriku. Aku juga diciptakan Allah s.w.t seperti kamu, mempunyai tugas yang hampir sama, beza antara kita hanya satu, aku tetap sama seperti hari pertama diciptakan dan walaupun ditempatkan di mana sekalipun, tetapi kamu tidak bukan? Kamu melalui proses demi proses yang mengubah bentuk asalmu sehinggakan ada yang tidak mengenali dirimu. Itulah beza kita.
Aku hanya satu, tiada dua mahu pun lebih dan aku diciptakan cukup sempurna, tiada cacat cela mahupun sedikit kekurangan. Aku cukup hebat apabila berbicara tentang isu-isu semasa yang besar berkaitan politik, ekonomi dan sosial semasa mahupun yang telah berlalu. Tetapi sayangnya, " ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari ", bila aku mengatakan "A", yang mendengarnya mengatakan "B". Apabila aku mengatakan "putih" masih ada yang mengatakan "hitam". Ahhhh. Adakah sama yang haq dan yang bathil? Lalu aku terus bermonolog, tertanya-tanya, adakah mereka tidak faham pertuturanku? Ataukah mereka buta sehingga tidak tau kebenarannya? Atau mereka sekadar berpura-pura tidak tahu. Ahhh, barangkali mereka ini cuba menguji kesabaranku dalam menegakkan kebenaran ajaran Ilahi.
Terdiam seketika...
Fikiranku melayang, menerjah sejarah yang lewat 1400 tahun yang lalu. Masihku ingat pada "birthday" ku, tanggal 17 Ramadhan, di dalam gua di atas sebuah bukit dalam kegelapan malam, aku dilahirkan tanpa ibu. Dilahirkan atas perintah Sang Pencipta Yang Maha Agung membawa amanah yang satu kepada dunia. Walaupun usiaku masa itu masih setahun jagung, dengan penuh rasa hormat, dengan langkah panglima terbilang, dengan suara yang cukup lantang aku meneruskan perjuangan dalam menyampaikan amanah-Nya tanpa rasa berat lagi bersedih hati.
Masa terus berjalan, siang silih berganti malam, malam berganti siang, tahun berganti tahun. Aku semakin dewasa dan kematanganku melebihi segala yang kamu miliki. Dahulu diriku tidak terurus, nah! Kau lihat sekarang. Betapa cantik dan sempurnanya diriku. Aku gembira dengan diriku sendiri.
Namun dalam kegembiraan yang ku lalui ada insan yang menderita dan iri hati padaku. Aku sedih dalam kegembiraan. Aku terus terfikir dan tertanya-tanya, burukkah tingkah laku diriku sehingga mereka benci, menjauhkan diri dariku tanpa bertegur sapa bertanyakan khabar gembira. Dalam diam aku menangis sepi mengenangkan nasib diri.
Lama Termenung, tidak mematahkan semangatku. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pada usaha, bagi diriku terasa teramat bertuah kerana mempunyai seorang teman yang amat manyayangi dan memahami diriku. Kami berdua saling bergantungan melengkapi antara satu sama lain. Temanku sedih aku pengubatnya. Diriku dihimpit, dikeji dan dihina, temanku yang sejati pasti menyelamatkan ku. Terasa bertuah tidak terhingga.
Suratan takdir mengubah segalanya, ajal maut di tangan Pencipta. Aku cuma sempat bersahabat dengan teman sejatiku hanya seketika waktu, masih ku ingat kami bersahabat selama 23 tahun sahaja sebelum Yang Maha Pemurah Lagi Yang Maha Penyayang menjemput temanku kembali ke sisi-NYA. (menitis air mata dengan pemergian teman sejati).
Tiada ganti terbaik yang dapat menggantikannya untuk mendengar luahan hati kecilku ini.
Hati kecilku bertanya. Sudikah dikau menjadi ganti temanku itu?
Pengorbanan dari temanku itu memberikanku kesempatan untuk mengenali dunia. Hari ini aku boleh mendabik dada atas jasa temanku, kebanyakan manusia mahu mengambil ku sebagai "isteri" untuk menjagaku dari celaka. Silaturahim yang diterapkan temanku dulu telah memperkenalkan aku kepada dunia dan namaku gah dan masyhur seperti mana masyhurnya temanku. Tersenyum gembira. Walaupun ditakdirkan umur temanku tidak sepanjang umurku, tapi jasanya padaku dan dunia hari ini tidak terkira, tiada tandingan.
Mengimbas kembali sejarah 13 tahun melalui saat getir semenjak pertemuan kali pertama dengan sahabat, cukup mengoncangkan diriku dan sahabat. Damai yang dibawaku cuba dihentikan oleh mereka yang iri hati dan dengki yang teramat sangat padaku. Ditawarkan bermacam-macam kemewahan, kedudukan dan segala yang indah, namun kami tetap berdiri pada pendirian yang satu, terus dan terus membawa damai kepada dunia, walau ditentang sekeras-kerasnya. Ibarat kata pepatah " yang berat sama di pikul, yang ringan sama di jinjing ". Itulah kejayaan menempuh dugaan dari Yang Maha Besar, hanya dengan jemaah yang bersatu hati teguh pendirian.
Dalam kejayaan pasti ada kegagalan. Ramai yang syahid dalam perjuangan membawa damai, tidak kira juga ramai yang syahidnya tidak sempurna di sisi Yang Maha Pencipta. Sedih mengenangkan peristiwa yang menimpaku dan sahabat, teramat sedih bila mengenangkan mereka yang gugur di tengah perjalanan. Atas dorongan dan janji yang benar dari Yang Maha Pencipta lagi Yang Maha Terpuji, damai terus dijunjung menuju keredhaan-NYA hingga titisan darah yang terakhir.
Hari ini, selepas 1429 tahun berlalu, setelah sekian lama aku melewati peredaran masa, zaman demi zaman, bangsa yang silih berganti, peradaban dunia hari semakin maju berbanding zaman-zaman ku yang lalu.
Timbul pertanyaan pada diriku.
Masih sesuaikah aku hidup pada zaman ini? Adakah sekadar membebankan zaman ini?
Itulah yang ku sentiasa dengar dari mulut manusia hari ini, seolah-olah menafikan kepentinganku pada zaman yang penuh celaru ini. Aku diperlakukan seperti musuh sama dengan yang berlaku pada zaman sebelum ini. Bila perlu namaku diseru. Bila bencana bertandang, aku dijadikan pelindung. Kesedihan menimpa, aku pengubatnya. Tetapi, bila dirimu penuh gembira, tiba-tiba kau lupa padaku. Namun, aku masih yakin pada janji Yang Maha Perkasa, aku diberi izin-Nya untuk hidup seusia bumi ini atas satu alasan yang benar-benar kukuh untuk memastikan aku membawa damai yang sejahtera pada bumi ini walaupun dengan apa cara sekalipun.Syukur kepada Yang Maha Esa, dengan berkat rahmat dan lindungan-Nya, diriku masih gagah untuk terus melangkah menuju damai yang pasti. Syukur kepada Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat yang mendengar rintihan hatiku, melihat penderitaanku. Atas kasih sayang-Nya padaku, aku tidak diabaikan, aku diberikan teman, insan yang mulia sebagai sahabat untuk bersamaku meniti arus kemodenan, mengubah haluan zaman yang belum pasti ini kepada damai yang pasti yang telah dijanjikan Yang Maha Benar.
Damai yang pasti dikecap, mengjengkilkan hati yang iri hati padaku. Prinsipku cuma satu, " biar putih tulang jangan putih mata, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, berani kerana benar takut kerana salah " . Inilah pendirian bukti kebenaranku.
Suatu hari nanti manusia pasti mengetahui kebenaran kata-kataku. Namun sebelum sampainya hari itu, adakah dirimu sudah bersedia untuk menerimaku dalam hidupmu. Jangan menunggu Ramadahan baru engkau sudi berbaik-baik denganku. Ingat pesanku ini padamu wahai insan yang mulia, dulu engkau pernah berjanji untuk bersamaku, masihkah engkau ingat janji itu? Ataukah janji itu hanya tinggal janji saja sekarang ini?
Bukankah engkau juga mengetahui bahawa sesungguhnya, setelah rohmu meninggalkan jasadmu keseorangan dalam kegelapan di suatu alam yang tidak tergambar di fikiran manusia, aku juga yang akan menemanimu bukan. Aku juga memberi cahaya kepadamu . Sedarkah dirimu dengan perkara ini wahai insan yang mulia? Ataukah engkau tidak ambil peduli tentang hal ini sehingga engkau lupa siapa dirimu, dari mana asalmu.
Pesanku wahai insan, ingatlah wahai insan, kita cuma seketika di bumi ini, tiada yang kekal melainkan Yang Maha Pencipta.
Aku mohon kepadamu, sentiasalah berdamping denganku, jadikanlah aku temanmu yang paling istimewa sepanjang hidupmu, kerana aku pasti akan menolongmu bila engkau dilanda musibah. Bukalah hatimu untuk menerimaku, janganlah engkau malu untuk mengenali diriku. Sudikah engkau menjadi temanku wahai insan.
Carilah aku. Carilah aku. Jangan biarkan diriku tenggelam dalam kegelapan.
Engkau pasti tahu di mana untuk mencariku. Aku ada di sekelilingmu wahai insan. Sekiranya dirimu terlalu sukar untuk menemui aku, pejamkanlah matamu, tenangkan dadamu,ingatlah namaku sebutlah namaku. Akulah Al-Quranul Karim. Ingatlah namaku, akulah Al-Quranul Karim. Kau pasti tahu di mana aku berada. Kau pasti akan menemui aku bukan? Aku akan bersabar untuk menanti kehadiranmu. Aku pasti akan bersabar. Menunggu kedatangan seorang teman yang istimewa. Aku sedang menunggumu wahai sahabatku.
(menitis air mata)
sekian.
.....................tamat.................................

0 comments:
Post a Comment